BETONG, 3 Mei – Pendidikan Untuk Rakyat….. Usaha kerajaan membangunkan bidang pendidikan di
negara ini adalah bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik dan bukan
bagi tujuan politik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, dengan memajukan bidang pendidikan, semua
rakyat akan mendapat manfaat daripada kemudahan tersebut, termasuk penduduk di
luar bandar.

“Tidak kira sama ada Gen X, Gen Y atau Alpha, kerajaan memberi peruntukan
yang banyak bukan sahaja untuk pembelajaran dalam kelas tetapi juga di luar
kelas termasuk ko-kurikulum,” katanya semasa merasmikan Sekolah Menengah
Kebangsaan Beladin hari ini.

“Kerajaan beri pelbagai peruntukan untuk pendidikan. Jadi sokonglah kerajaan
yang membawa pembangunan ini,” katanya.

Ahmad Zahid berharap semua pihak menghargai usaha yang dilakukan oleh
kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat pendidikan Ahmad Zahid berkata kerajaan memberi banyak kemudahan pendidikan yang bukan sahaja pembangunan fizikal tetapi juga dari segi pengisiannya.

“Kemudahan itu suatu pengisian minda dan hati nurani. Penekanan dalam
pendidikan oleh kerajaan terutama melalui Kementerian Pendidikan adalah bagi
memastikan supaya generasi di negara ini terdidik.

“Terdidik bukan hanya dalam bidang pelajaran tetapi juga mempunyai akhlak
yang baik,” katanya.

Beliau juga berharap dengan semua kemudahan yang disediakan kerajaan itu,
guru-guru dapat memanfaat kemudahan tersebut bagi mendidik generasi muda negara
dengan sebaik mungkin.

“Saya yakin penekanan kerajaan dalam bidang pendidikan dapat diterjemahkan
dengan baik oleh pendidik. Kanak-kanak ini kadang-kadang dia lebih dengar cakap
guru daripada ibu bapa.

“Pendidik adalah golongan profesional yang dihormati oleh semua generasi,”
katanya. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY