KUALA LUMPUR, 1 Jun – Takziah….Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia malam ini dipercayai akibat kehilangan oksigen.

Jenazah kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican sebentar tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam tadi, Syed Alman, 44, suami kepada Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar, di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke PPUM sebelum disahkan meninggal dunia. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY