KUALA LUMPUR, 8 Mei – Bertemu….. Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid Al-Falih, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, pagi tadi.

Pertemuan itu antara lain menyentuh kemungkinan melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak mentah seperti dipersetujui Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC pada Disember lalu, kepada separuh kedua tahun ini.

Khalid berkata, pihaknya yakin lebihan bekalan minyak dunia akan mencapai keseimbangan seperti disasarkan dan Arab Saudi melaksanakan langkah diperlukan untuk mencapai sasaran itu.

“Berdasarkan rundingan dengan peserta pengeluar minyak dunia, saya yakin rundingan itu akan dilanjutkan ke separuh kedua tahun ini dan kemungkinan untuk tempoh lebih panjang,” katanya pada majlis pelancaran Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) ke-19 di sini, hari ini.