KUALA LUMPUR, 2 Julai – Mesyuarat peringkat Menteri-menteri Asean mengenai Jenayah Rentas Sempadan (EAMMTC) berkaitan pergerakan Migran tidak sah di Asia Tenggara telah dianjurkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penglibatan semua Menteri Dalam Negeri / Keselamatan Awam di samping penglibatan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dipengerusikan oleh Ahmad Zahid yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Selaras dengan keperluan segera menangani isu pergerakan migran tidak sah di rantau Asia Tengara dan kaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia merupakan agenda dan platform untuk negara-negara Asean berbincang dan bersepakat mencari jalan penyelesaian isu berkenaan.-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY