PUTRAJAYA, 20 Mei – Menteri Luar dari Malaysia, Indonesia dan
Thailand mengadakan perbincangan mengenai pergerakan individu di rantau ini
tanpa melalui saluran yang sah, terutamanya isu pemerdagangan manusia, di sini
hari ini.

Perbincangan itu melibatkan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan
rakan sejawatannya Jen Tanasak Patimapragorn yang juga Timbalan Perdana Menteri
Thailand dan dari Indonesia Retno Marsudi, di Wisma Putra di sini.

Dilaporkan seramai 1,158 warga asing dari Bangladesh dan kaum Rohingya dari
Myanmar termasuk wanita dan kanak-kanak mendarat dengan bot secara haram di
Langkawi, Kedah pada 10 Mei lepas, satu angka yang terbesar setakat ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin, Malaysia kekal komited untuk
bekerjasama rapat dengan negara yang turut menerima kesan daripada kemasukan
warga asing dan juga masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan masalah di
rantau ini.

“Malaysia akan terus mencari penyelesaian kepada isu ini antaranya secara
usaha bersama dan berselaras dalam kalangan negara asal, transit dan negara
destinasi,” katanya.-Rizalman Has (WD MY)

LEAVE A REPLY