KUALA LUMPUR, 12 Jan – Mesyuarat……. Semua Menteri Luar negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan pertemuan di sini, minggu depan bagi membincangkan krisis etnik Rohingya

56 wakil OIC dijangka menghadiri mesyuarat yang bakal diadakan 19 Januari ini, dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru-baru ini menggesa Myanmar menghentikan ‘pembunuhan beramai-ramai’ penduduk Islam Rohingya.

Myanmar, negara majoriti penganut Buddha, menolak mengiktiraf Rohingya sebagai etnik minoriti di negaranya, sebaliknya menganggap mereka sebagai Bengali – atau pendatang haram dari negara jiran Bangladesh – walaupun ramai yang tinggal di negara itu sejak beberapa generasi.

Berlaku penghijrahan secara besar-besaran etnik Rohingya dari Rakhine, negeri di utara Myanmar selepas tentera melancarkan operasi pembersihan sambil menjejaki pemberontak di sebalik serangan maut pos keselamatan polis, tiga bulan lalu.

Pelarian minoriti Islam yang dianiaya di Bangladesh menceritakan kisah menakutkan berhubung tindakan pasukan keselamatan melakukan rogol beramai-ramai, membunuh dan seterusnya membakar kediaman mereka. – WD MY