KUALA LUMPUR, 1 Okt – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melancarkan program Keluarga angkat YKB bersama badan bukan kerajaan (NGO) bagi tahun 2015/2016 hari ini.

YKB bersama 37 pertubuhan Kebajikan yang hadir bersama menjayakan dalam program anak angkat ini.?

Program mensasarkan empat kategori iaitu anak-anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan Pusat Perlindungan wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut Tengku Adnan,? program Keluarga angkat dirancang dan dilaksanakan bagi membantu warga wilayah Persekutuan yang memerlukan bantuan.

“Yayasan Kesejahteraan Bandar kerana kita perlu kesejahteraan dalam bandar supaya pihak yang ingin menyalurkan bantuan boleh menyalurkan dan membantu menerusi program ini,” kata Tengku Adnan.

Beliau berkata demikian dalam perasmian hari ini di sini.

Tengku Adnan berkata kerajaan sentiasa membantu dalam pelbagai cara seperti Brim, E – Kasih dan pelbagai lagi saluran yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Tambah beliau, tanpa mengira fahaman politik, pegangan agama dan tanpa mengira kaum pelbagai bantuan diberi dan tanpa pilih kasih.

“Saya juga berharap ia akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain supaya turut sama memberi dan menyumbang kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan pertolongan.

Objektif program ini adalah menyemai kesedaran kepada semua pihak termasuk orang awam tentang kepentingan dan peranan sebagai anggota masyarakat untuk mendekati golongan yang memerlukan sumbangan dan bantuan.

Berita Selanjutnya Menyusul.

?
?

LEAVE A REPLY