KAHERAH, 27 Mei – Lancarkan….. Sebuah Pesawat tentera udara Mesir melancarkan serangan ke atas kem di Libya, yang didakwa menjadi tempat latihan militan yang membunuh puluhan penduduk Kristian, kelmarin.

Presiden Abdel Fattah al-Sisi berkata, beliau mengarahkan serangan dilancarkan ke atas kem pengganas itu, malah menegaskan akan menghukum mereka yang menyokong keganasan.

Enam serangan dilakukan berhampiran Derna di timur Libya, beberapa jam selepas penyerang bertopeng menyerang sekumpulan penganut Kristian Coptic yang menyebabkan 29 maut dan 24 lagi cedera.

Tentera Mesir berkata, serangan itu dilancarkan selepas kem itu disahkan melatih pengganas yang mendalangi serangan terhadap penduduk Kristian Coptic di Minya, tengah Mesir.

Pihak tentera berkata, Mesir tidak akan teragak-agak melancarkan lagi serangan terhadap kem yang melatih anggotanya melakukan operasi ke atas Mesir, sama ada di dalam atau di luar negara. – WD MY