KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Mesyuarat ke-14 Pasukan Petugas Khas
Peringkat Tinggi Kumpulan Kerja Penyepaduan Ekonomi ASEAN (HLTF-EIWG) bermula
hari ini dengan perbincangan ASEAN pasca 2015 – Visi Ekonomi 2025.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Kerjasama Ekonomi
ASEAN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ravindran
Palaniappan.

“Ini kumpulan kerja penyepaduan ekonomi bagi visi ekonomi pasca 2015 yang
dihadiri kesemua wakil yang memegang jawatan di bawah Pegawai Kanan Ekonomi,”
kata Ravindran kepada media di luar mesyuarat HLTF-EIWG hari ini.

Mesyuarat HLTF-EIWG mula membincangkan agenda untuk Mesyuarat
Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-47 yang berlangsung dari 22 hingga 25
Ogos, diikuti mesyuarat persediaan pegawai kanan ekonomi (SEOM) pada sebelah
petang dan jamuan kerja pada sebelah malam.

Mesyuarat AEM selama enam hari yang berakhir 25 Ogos, akan melengkapkan
lagi rangka penubuhan AEC secara formal menjelang akhir tahun.- Suraya Ahmad,Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY