KUALA LUMPUR, 29 Julai – Setiausahu Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan Jumaat ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibatalkan.

Turut sama yang dirancangkan iaitu majlis taklimat tertutup isu-isu semasa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya diadakan pada hari yang sama juga turut dibatalkan.

Sebelum ini, ahli-ahli UMNO dan ramai pemerhati politik tertunggu-tunggu keputusan mesyuarat MT itu yang pasti membincangkan isu penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dua hari lalu dan peranannya jika tidak lagi menjadi orang nombor dua dalam kerajaan.

Antara lain, Mesyuarat MT tersebut dinanti-nantikan bagi mengetahui apa kedudukan pengganti Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapi dalam parti beliau masih Naib Presiden. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY