KUALA LUMPUR, 19 Jan – Mesyuarat Luar Biasa…..  Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat luar biasa di sini hari ini bagi membincangkan keadaan masyarakat minoriti Islam Rohingya di Myanmar.
Malaysia yang meminta OIC mengadakan mesyuarat itu akan mempengerusikan mesyuarat sehari itu di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur dengan semua menteri luar dari 57 negara anggota dijangka menghadirinya. Mesyuarat akan bermula jam 9.30 pagi ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menyampaikan ucaptama pada mesyuarat berkenaan. – WD MY