MELAKA, 29 Julai – Rasmi…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini hadir ke Hotel Mahkota di sini, bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka.

Ketibaan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden kira-kira jam 9.30 pagi itu, disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Turut menyambut ketibaan Ahmad Zahid ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Wira Latiff Tamby Chik; Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Kira-kira 500 perwakilan UMNO menghadiri mesyuarat berkenaan yang membabitkan 65 cawangan di Bahagian Kota Melaka bagi mendengar amanat. – WD MY