PASIR MAS, 19 Ogos – Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Rantau Panjang…..Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Lubok Jong.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO tiba kira-kira jam 3.25 petang tadi.

Beliau diiringi Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim dan enam pengusung Jalur Gemilang yang terdiri daripada veteran UMNO Kelantan.

Beliau juga sempat memotong pulut semangat Gergasi Keris 2314 sebelum naik ke pentas utama.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob. – WD MY

LEAVE A REPLY