KUALA LUMPUR, 30 Mac – Projek Metro WiFi dari Telekom Malaysia (TM) iaitu penyedia perkhidmatan Komunikasi bersepadu terkemuka ?hari ini menandatangani memorandum kerjasama dengan Wilayah Persekutuan Infrastructure Sdn Bhd serta mendapat sokongan penuh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut di saksikan oleh Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi Metro WiFi dan TM menyediakan akses WiFi percuma dan premium kepada Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkhidmatan tersebut akan diperluaskan dikawasan-kawasan komersial terpilih, dataran-dataran awam dan kawasan tumpuan pelancong.

Majlis menandatangani tersebut diantara Mohamad Rozaimy Abd Rahman, Naib Presiden Global& wholesale TM dan bagi pihak WPI iaitu Pengarah Urusan Dato Emil Rinaldi Syaiful. Majlis disaksikan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan dalam ucapannya berkata ini merupakan insentif yang berguna untuk masyarakat dan rakyat untuk menggunakan Internet dengan mudah.

“Banyak dugaan dan cubaan tapi terpulang kepada manusia untuk menilai apa yang baik dalam menggunakan kemudahan yang disediakan.”

Tengku Adnan juga menyeru pemimpin tempatan supaya mengingatkan masyarakat supaya menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah dan tidak sewenang-wenangnya menerima sesuatu sumber di dalam Internet tanpa memeriksa dahulu kesahihannya

“Gunakanlah apa yang kita sedia ini ke jalan kebaikan. Rakyat kita akan menjadi cerdik dalam menggunakan komputer,” kata Tengku Adnan.

“Dunia teknologi adalah dunia yang baik dan bagus,” kata beliau.

-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY