MELBOURNE, 12 Jun – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) melakukan
pendaratan kecemasan di lapangan terbang Melbourne setelah menerima amaran palsu
daripada sistemnya mengenai kebakaran di bahagian enjin.

Menurut jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu ABC
News bahawa pemeriksaan yang dilakukan terhadap pesawat jenis Airbus 330 itu
tidak menemui bukti ia mengalami sebarang kebakaran.

Penerbangan MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu membawa kira-kira 300
penumpang dan anak kapal.

Katanya, ketika dalam penerbangan, sistem pesawat itu menunjukkan berlaku
kebakaran di bahagian enjinnya.

Seorang jurucakap bomba berkata pesawat itu membuang bahan bakarnya sebelum
melakukan pendaratan kecemasan pada kira-kira pukul 3 petang waktu Malaysia.
-Sharini Abdulah, Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY