KUALA LUMPUR, 27 Okt – Batal Sambutan……. MIC membatalkan rumah terbuka Deepavali anjuran parti itu yang sepatutnya diadakan Sabtu ini untuk menghormati mangsa dan kejadian kebakaran Hospital HSA.

Setiausaha Agung MIC, Datuk A Sakthivel, berkata keputusan itu dibuat kepimpinan parti yang sedih dan berdukacita atas kebakaran yang meragut enam nyawa itu.

“Walaupun kita telah membuat persiapan untuk majlis rumah terbuka itu pada 29 Oktober ini namun, MIC membuat keputusan untuk membatalkan majlis sambutan itu,” katanya.

Majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC itu dijadual berlangsung di perkarangan Batu Caves.

Sakthivel berkata, MIC memohon maaf atas pembatalan acara tradisi dan tahunan yang dijangka dihadiri 10,000 pengunjung setiap tahun. – WD MY