KUALA LUMPUR, 4 Nov – MIC hari ini mengumumkan akan mengadakan majlis rumah terbuka Deepavali di kuil Batu Caves pada 10 Nov, kata setiausaha agungnya, A. Sakthivel.

Beliau berkata majlis itu akan berlangsung di perkarangan kuil berkenaan
dari 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Anggota masyarakat daripada semua kaum dijemput menghadiri majlis itu,
katanya hari ini.

Menurut Malaysia Hindu Sangam, Deepavali tahun ini, yang merupakan perayaan
bagi meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan, disambut pada 10 Nov.

Penganut Hindu menyambut Deepavali pada ‘Saturthasi Tithi’, hari ke-14 pada
bulan ‘Iypasi’, berdasarkan kalendar ‘panjangam’ Hindu. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY