KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ambil Alih……. Jenama dunia dan pereka aksesori mewah dan pakaian sedia
dipakai terkenal, Michael Kors, memuktamadkan pengambilalihan Michael Kors
(HK) Ltd, pemegang lesen eksklusif syarikat itu di China dan beberapa negara
lain di Asia pada Selasa dengan kos US$500 juta secara tunai, tertakluk kepada
peralasan tertentu.

Pembelian tersebut telah diluluskan oleh ahli-ahli bebas dalam lembaga pengarahnya, atas syor sebuah
jawatankuasa khas.

“Kami telah bekerja bersungguh-sungguh sejak beberapa tahun yang lalu,
dengan rakan kongsi berlesen kami di rantau ini untuk membina prasarana,
mewujudkan jenama dan meluaskankan penerimaan Michael Kors di pasaran China.

“Kami percaya jenama kami semakin mendapat momentum yang teguh di China,
oleh itu menjadikannya masa yang sesuai untuk kami mengintegrasikan wilayah ini
ke dalam perniagaan kami dan mengambil kesempatan daripada potensi pertumbuhan
yang besar di rantau ini,” kata Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutifnya John D.
Idol.

Perniagaan Greater China menjana jumlah pendapatan sebanyak US$197 juta bagi
tahun yang berakhir pada 31 Mac, 2016, dan mempunyai rangkaian terdiri daripada
91 syarikat yang mengendalikan kedai-kedai runcit dan enam lokasi runcit kembara
merentasi China, China, Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Bagi tahun kewangan 2017, perniagaan Greater China dijangka menyumbang
kira-kira US$200 juta kepada jualan runcit bersih, mencerminkan jualan bagi
tempoh 10 bulan berikutan permeteraian pengambilalihan itu. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY