KABUL, 24 Julai – Bom…… Kumpulan militan IS mendakwa bertanggungjawab melakukan dua serangan bom di ibu negara Afghanistan yang membunuh 80 orang dan mencederakan 231 lagi dalam satu serangan berdarah paling teruk sejak 2001.

Menurut kementerian dalam negeri, serangan bom itu bertujuan menyemai perpecahan mazhab di negara yang terkenal dengan keharmonian antara Syiah dan Sunnah.

“Akibat daripada serangan itu 80 orang mati syahid dan 231 yang lain cedera. Berdasarkan maklumat awal, serangan itu dilakukan tiga pengebom nekad.

“Penyerang ketiga terbunuh selepas ditembak oleh pasukan keselamatan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kumpulan Taliban menafikan mereka terbabit dalam insiden itu.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani, berkata beliau amat sedih dengan pembunuhan beramai-ramai itu. – WD MY

LEAVE A REPLY