PUTRAJAYA, 26 Okt – Minyak Masak Ikut Harga Pasaran…… Kerajaan memutuskan bahwa harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50, manakala harga minyak masak selain itu akan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Beliau berkata, harga minyak masak paket 1 kg bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan.

Untuk minyak masak lain, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).

“Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.

“Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mesyuarat Kabinet pada 21 Sept lepas bersetuju supaya Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil alih
pengurusan COSS daripada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
bermula 1 Nov.

Minyak masak dalam botol termasuk 1kg dianggarkan berharga di antara RM3.70
hingga RM3.90 mengikut harga pasaran.

Hamzah berkata kerajaan memperuntuk RM600 juta untuk subsidi minyak masak
dalam Bajet 2016 manakala peruntukan subsidi itu untuk tahun depan belum
dimuktamadkan.

“Penstrukturan semula minyak masak ini diharap dapat mengurangkan
bahan asas itu diseludup keluar ke negara jiran,” katanya.
Dalam pada itu, Hamzah memberitahu bahawa KPDNKK merampas minyak masak
bernilai kira-kira RM5,000 dalam tiga serbuan di Kuala Lumpur, Selangor dan
Penang.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani sebelum ini berkata kerajaan
terpaksa membayar subsidi bagi 85,000 tan matrik minyak masak sebulan tetapi
kajian mendapati rakyat Malaysia secara purata hanya menggunakan kira-kira
40,000 tan minyak masak sebulan.  – WD MY