KUALA LUMPUR, 31 Mei – Turun…. Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 2 sen, manakala diesel turun 1 sen bermula 12.01 tengah malam ini bagi tempoh seminggu sehingga 7 Jun ini.

Menurut Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun 2 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.10 seliter berbanding RM2.12 seliter manakala harga RON97 turun 2 sen menjadikan RM2.38 berbanding RM2.40 sebelum ini.

Harga diesel berkurang 1 sen , menjadikan harga jualannya RM2.02 seliter berbanding RM2.03 seliter.

Harga baru bahan api itu diumumkan hari ini selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini. – WD MY