KUALA LUMPUR,1 Mac – Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun 15 sen dan 10 sen mulai hari ini.
Menurut jurucakap pengusaha stesen minyak, berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Mac bagi RON95 adalah RM1.60 seliter berbanding RM1.75 sen seliter sekarang.
RON97 turun kepada RM1.95 berbanding RM2.05.
“Bagaimanapun, harga bagi diesel kekal pada RM1.35,” katanya. – Sofea Nawar ( WD MY)