KUALA LUMPUR, 5 Jan –┬áMisi……Teruskan Misi ‘Food Flotilla For Myanmar’ bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya akan berlepas ke wilayah konflik Rakhine, Myanmar, pada 31 Januari ini.

Sebab penangguhan misi yang sepatutnya berlepas pada Selasa depan dibuat atas sebab diplomatik.

Misi yang disertai 235 aktivis, sukarelawan, doktor, ahli politik dan tokoh agama daripada 14 negara termasuk Turki juga bagi mengecam penindasan berterusan ke atas etnik Rohingya.

Ketua misi yang Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata flotilla yang dianjurkan KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) turut disokong badan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan antarabangsa.

“Kita akan berlepas selewat-lewatnya 31 Januari depan. Kita berharap Kerajaan Myanmar akan bagi kelulusan.

“Jika tiada kebenaran dari Myanmar, kami akan tetap berlayar untuk membantu pelarian Rohingya di Teknaf, Bangladesh,” katanya pada sidang media ‘Food Flotilla For Myanmar’ di Gudang KP1M, Kontena Nasional hari ini.

 

Flotilla itu dijadualkan membawa 1,000 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan dijangka belayar selama tujuh hari bagi pelayaran dari Pelabuhan Klang ke Sittwe, Myanmar. – WD MY