YANGON, 9 Feb – Serah…… Nautical Aliya kini diambil alih dan dikemudi malim tempatan jam 12.10 tengah hari waktu tempatan.

Ia dijangka tiba di Terminal Antarabangsa Thilawa (MITT) di Pelabuhan Yangon 3 jam kemudian.

Nautical Aliya yang diiringi sebuah kapal tentera laut Myanmar tiba di kawasan pelabuhan jam 11.15 malam semalam.

Kapal yang dinaiki 184 aktivis dan sukarelawan daripada 12 negara dengan 2,300 tan bantuan kemanusiaan akan menurunkan 500 tan makanan dan minuman yang akan disalurkan kepada etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Majlis ringkas penyerahan 500 tan bantuan, termasuk 300 tan beras dari misi flotila akan diadakan di MITT jam 5.30 petang waktu Malaysia sebelum Nautical Aliya meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh. – WD MY