KUALA LUMPUR, 27 Jan – Turun Padang….Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan, konvoi Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang bertujuan menyampaikan bantuan asas kepada kira-kira 500 keluarga di Pasir Putih, Kelantan.

Tengku Adnan berkata tujuan Pemuda Umno Wilayah itu bagi meringankan beban mangsa banjir di Pasir Puteh, Kelantan.

“Selain itu kita juga akan cuba melihat sendiri, kalau perlu tenaga untuk membuat pembersihan kawasan-kawasan banjir ini, kita akan bantulah,” kata Tengku Adnan.

Katanya, lebih banyak lagi konvoi akan dihantar untuk membantu mangsa bencana alam itu.

” Kita juga akan hantar lagi bantuan dan konvoi bagi meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan yang dilanda banjir seluruh negara,” kata Tengku Adnan. – WD MY