KUALA LUMPUR, 7 Jun – IKLAN…. Syarikat carigali minyak negara, Petronas melancarkan filem web yang menyentuh perasaan bertajuk ‘Misi Riuh Raya!’ sempena Hari Raya Aidilfitiri yang akan disambut minggu hadapan.

Filem web tersebut mengisahkan kepulangan mengejut dan misi khas lima beradik dalam memastikan Hari Raya disambut lengkap seluruh keluarga.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategiknya Zahariah (Liza) Abd Rahman berkata: “Sejak dua dekad lalu, Petronas mengajak rakyat Malaysia terus kekal bersatu dalam mengekalkan nilai, tradisi dan budaya supaya dapat mencerminkan betapa pentingnya kesatuan tersebut.

“Pada tahun ini, Petronas dengan bangganya mempersembahkan filem web yang akan menggegarkan hari raya akan datang. Kami berharap mesej yang ingin disampaikan berjaya sampai ke hati semua rakyat Malaysia.”

‘Misi Riuh Raya!’ boleh ditonton bermula hari ini di laman rasmi YouTube Petronas, manakala, bagi iklan komersial 60 saat akan mula ditayangkan di televisyen bermula esok.

Filem web ini juga akan ditayang di pawagam terpilih di seluruh negara mulai 14 Jun 2018. – WD MY