KUALA LUMPUR, 4 Mei – Ambil Alih Serta Merta………. Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), pemilik penuh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima peletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah dana pembangunan strategik itu berkuat kuasa 31 Mei ini.

“Ini selaras dengan perubahan tadbir urus dan pemindahan aset 1MDB kepada MoF Inc, sementara lembaga pengarah baharu dilantik bagi mencerminkan profil perniagaan terhad syarikat itu,” menurut MoF Inc dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, MoF Inc menyatakan Arul Kanda akan kekal sebagai Presiden 1MDB sehingga dimaklumkan kelak.

“Beliau terus memberi tumpuan untuk laksanakan mandat berhubung pelan rasionalisasi termasuk penyelesaian pertikaian dengan IPIC, yang berpangkalan di Abu Dhabi,” menurut kenyataan itu.

MoF Inc juga setuju untuk melaksanakan sepenuhnya beberapa cadangan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB selepas penelitian mendalam.

Cadangan dalam Laporan PAC mengenai 1MDB:

* Memindahkan pemilikan Bandar Malaysia, TRX City Sdn Bhd, tanah Air Itam, dan Pulau Indah kepada MoF Inc

* Pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB

* Keluarkan Artikel 117; tukar semua rujukan Perdana Menteri kepada Menteri Kewangan dalam Tatacara Urusan Penubuhan 1MDB.

LEAVE A REPLY