BENGALURU, 19 FEB – TAHAN….. Pengasas Huawei, Ren Zhengfei mendakwa tindakan menahan anak perempuannya yang juga Ketua Pegawai Kewangan konglomerat itu, Meng Wanzhou, adalah bermotifkan politik.

Zhengfei berkata demikian dalam satu temubual dengan stesen penyiaran BBC, semalam.

“Pertama, saya membantah apa yang sudah dilakukan oleh Amerika Syarikat. Tindakan bermotifkan politik ini, tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Pada 1 Disember lalu, Wanzhou ditahan Kerajaan Kanada atas permintaan Amerika Syarikat, sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan melanggar sekatan Washington terhadap Iran. – WD MY