GEORGETOWN, 20 Sept – Tindakan Dan Siasatan…….Siasatan terhadap Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, akan dilakukan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata proses soal siasat terhadap Jeff Ooi dilakukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Polis Pulau Pinang hanya membantu pasukan berkenaan, walaupun kita ada menerima beberapa laporan mengenai kes terbabit sebelum ini,” katanya ketika ditemui media.

Mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kesalahan atas agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan. – WD MY

LEAVE A REPLY