KUALA LUMPUR, OKTOBER 30: CABUL….Anggota parlimen yang didakwa mencabul remaja berumur 15 tahun dilapor berkata kejadian itu berlaku kerana salah faham.

Bercakap kepadaanggota parlimen berkenaan dilaporkan memaklumkan bahawa dia tidak berniat menyentuh remaja itu sehingga menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.

“Saya sudah kenal mereka lama, sudah hampir dua tahun dan kejadian yang kononnya ‘cabul’ itu bukan berlaku di tempat sunyi, tetapi di khalayak ramai.

“Saya tak mahu panjangkan perkara ini kerana kasihan kepada pelajar itu dan dia ada masa depan cerah,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau dilaporkan enggan mengulas perkara itu ketika dihubungi akhbar berkenaan, namun memaklumkan akan memberikan kenyataan esok.

Wakil rakyat itu juga menegaskan tidak memberi tekanan kepada keluarga remaja itu untuk menarik balik laporan terhadapnya.

“Mereka kata saya sogok, saya pun tak tahu keluarga mangsa tarik balik laporan polis yang dibuat sehingga mereka sendiri maklumkan kepada saya,” katanya.

Awal semalam memetik Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd sebagai berkata bahawa polis akan menyoal siasat anggota parlimen itu, yang juga dikatakan bekas menteri, esok.

Jelas Noor Mushar, siasatan ke atas kes itu akan diteruskan meskipun laporan telah ditarik balik. Kes itu disiasat di bawah seksyen 14(a) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.-MY WD