KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menyifatkan Majlis Tertinggi UMNO adalah instrumen tertinggi di dalam parti dan berhak membuat sebarang keputusan berkait disiplin dan hal ehwal ahli.

Sehubungan itu, Khairy menyangkal dakwaan bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat keahliannya Selasa lalu yang mendakwa bahawa parti itu telah bertindak membelakangkan semangat demokrasi.

Tambah Khairy, setiap ahli UMNO sepatutnya sedar disiplin dalam parti serta mengambil langkah yang tidak memburukkan imej parti berkenaan.

Beliau ditemui media di PWTC setelah memberi ucaptama pada Konvensyen Dana Bumiputera anjuran Pemuda UMNO. – Sharini Abdulah/CF (WD MY)

Berita Selanjutnya Menyusul

LEAVE A REPLY