SHAH ALAM, 10 Mac – Majlis Permuafakatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor (PNS) diketuai Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Negeri Selangor dengan dianggotai oleh 12 NGO gabungan hari ini mengeluarkan kenyataan amat dukacita atas tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tindakannya amat dikesali di dalam Deklarasi Tun Mahathir Lim Kit Siang bersama pemimpin dan bekas pemimpin-pemimpin UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) yang bersekongkol dengan kepimpinan parti-parti pembangkang terutama DAP dan PKR yang sebelum ini sentiasa menyerang Tun Mahathir selama 22 tahun dengan pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah termasuk gelaran diktaktor, dan firaun.

Hasil perjumpaan yang diketuai MUBARAK itu juga menyifatkan tindakan itu dianggap tidak menghormati prinsip-prinsip perjuangan parti, sistem demokrasi berparlimen dan Perlembagaan negara yang mereka sendiri pertahankannya sebelum ini sekaligus bertentangan dengan kedudukan terhormat beliau sebagai mantan Perdana Menteri dan Negarawan Ulung. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY