HARARE, 19 Nov – SINGKIR….. Robert Mugabe disingkir sebagai presiden parti pemerintah Zimbabwe, ZANU-PF, dan diganti oleh bekas Naib Presidennya, Emmerson Mnangagwa, kata perwakilan parti di luar mesyuarat di Harare.

“Satu resolusi diterima pakai untuk menyingkirkan presiden dan mengangkat Mnangagwa sebagai presiden parti,” kata perwakilan yang enggan namanya dikenali. – WD MY