KUALA LUMPUR, 26 Feb – Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan berkuat kuasa serta merta, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Sehubungan itu, katanya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas timbalan presiden UMNO sehingga pemilihan parti akan datang.

Timbalan Presiden Umno tidak hadir menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana sedang berada di luar negara.

Ia berikutan Muhyiddin lantang mengkritik kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengenai 1MDB dan juga derma bernilai RM2.6 bilion.

Terdahulu MT Umno Datuk Seri Nazri menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat “anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat. – Suraya Ahmad / Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY