Muhyiddin Hadir Beri Keterangan Berhubung Siasatan Dibawah OSA

0
116

KUALA LUMPUR, 15 Nov -Hadir Beri Keterangan…….. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipanggil ke Bukit Aman, pagi tadi, bagi merakam percakapan berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam Parlimen.

Beliau sebelum sudah dimaklumkan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dua minggu lalu, berhubung siasatan yang akan dilakukan ke atasnya.

Muhyiddin yang hadir bersama dua peguam serta ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abd Rahman, diambil keterangan selama lebih sejam bermula jam 10.15 pagi hingga 11.50 pagi tadi.

Siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA). – WD MY