PUTRAJAYA, 25 JUN – SIASATAN….Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa beliau tidak akan masuk campur berhubung laporan terhadap Umno yang dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ditanya tentang laporan yang dibuat Pemuda PH susulan dakwaan yang mengatakan Umno menerima dana berkaitan 1MDB, Muhyiddin berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan.

“Kita serahkan kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk menentukan kesan isu itu, jika benar, kepada sesebuah organisasi seperti parti politik.

“Perkara sedikit di luar skop tugas saya, kerana ada ROS yang akan menjalankan siasatan.

“Apa yang penting, perlu ada alasan yang kukuh tentang apa yang diketengahkan pihak tertentu,” kata.

Pemuda PH semalam membuat laporan itu selepas SPRM pada Jumaat lalu mengumumkan akan menyita RM270 juta dana daripada 41 pihak dikatakan menerima dana berkaitan dengan 1MDB, termasuklah RM212 juta yang akan dituntut daripada tujuh bahagian Umno negeri, dan bahagian Umno Pekan.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pihaknya akan mencabar saman pelucutan hak itu di mahkamah.

Saman SPRM itu menimbulkan spekulasi bahawa ia percubaan untuk mengharamkan Umno.

Pemuda PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata tindakan Umno menerima dana yang dikatakan haram merupakan alasan yang kukuh untuk ROS memberi hukuman tegas kepada parti itu.

Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad berkata Umno bersedia untuk menubuhkan parti bari atau mengarahkan ahli parti menyertai parti lain sedia ada sekiranya Umno dibubarkan. – WD MY