KUALA LUMPUR, DISEMBER 25: TERUK..Media sosial telah memainkan peranan mereka dengan baik sejak PRU14, sama ada menjadi alat tumbangkan pemerintahan Barisan Nasional setelah lebih 60 tahun memerintah, juga sebagai alat teguran yang paling berkesan kepada para menteri Pakatan Harapan.

Di media sosial juga, beberapa nama menteri telah digambarkan sebagai menteri yang gagal, antaranya ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang memegang jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, juga Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek.

Namun sejauh mana gambaran itu membawa perkara sebenar, adalah sesuatu yang boleh dipertikai, tidak sedikit penulisan-penulisan yang kemudiannya menjelaskan situasi sebenar dan duduk perkara yang lebih jelas terutama mengenai Dr Maszlee, beliau adalah menteri yang boleh dikatakan menjadi mangsa di media sosial juga media massa.

Misalnya isu stokin yang merupakan hal kecil yang disebut telah menjadi tajuk utama yang ditulis di media, akhirnya pembaharuan yang dibawanya digelapkan dan ditenggelamkan oleh khabar-khabar picisan.-MY WD