PUTRAJAYA, 1 Jan – TERAJUI,,,,Datuk Seri Mustafar Ali, mengesahkan beliau akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bermula Rabu ini.

Mustafar mengumumkan perkara berkenaan dalam ucapan sempena majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah Imigresen di Putrajaya petang semalam.

“Dengan amanah yang dipikul, Insya-Allah pada 2 Januari 2019 ia menjadi sejarah kepada diri saya apabila dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, amanahkan saya untuk pikul jawatan berkenaan dan surat pelantikan bagi jawatan itu saya baru terima pada jam 4 petang tadi.

“Jabatan ini akan ditubuhkan nanti dan ia juga sudah disahkan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Negara (GIACC). Buat masa ini, NFCC akan diletakkan di Parcel D, Putrajaya,” katanya semlam.

Dalam laporan media sebelum ini, Abu Kassim Mohamed, berkata NFCC akan ditubuhkan pada pertengahan tahun depan dalam usaha menangani isu pengaliran keluar wang secara haram.

Menurutnya, penubuhan pusat itu akan digerakkan menerusi kaedah pelbagai agensi (multi agency) dan mesyuarat penyelarasan agensi itu sudah diadakan. – WD  MY