KUALA LUMPUR, 4 April – RANCANG…… Anak syarikat My E.G Services Bhd (MYEG), MY EG Lodging Sdn Bhd, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Johor Corporation (JCorp) bagi meninjau kemungkinan membeli atau memajak sebidang tanah yang terletak di Muar Furniture Park.

Di bawah MoU itu, kedua-dua pihak akan membincangkan mengenai terma dan syarat cadangan pilihan untuk membeli atau memajak tanah itu, menurut MYEG dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Katanya perjanjian itu sah dalam masa tiga bulan dari tarikh MoU dan boleh dilanjutkan untuk tempoh dua bulan lagi atau terma lain yang tertakluk kepada kajian, rundingan dan perbincangan serta persetujuan bersama pihak berkenaan.

“Ia dijangka tidak memberi sebarang kesan ketara ke atas pendapatan sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018,” katanya. – WD MY