KUALA LUMPUR, JAN 14: MyPPP DIHARAMKAN….Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran MyPPP mulai hari ini.

Pembatalan itu dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim kepada parti dengan salinan kepada pemimpin-pemimpin hari ini, melalui sepucuk surat.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan rayuan yang didapati “tidak menunjukkan sebab-sebab yang cukup di sebaliknya”.

“Maka oleh itu, diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibatalkan mulai tarikh perintah ini,” menurut salinan surat itu yang dilihat.-MY WD