KUALA LUMPUR, 4 Dis – Serah……. Parti Penduduk Progresif Malaysia (MyPPP)
menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk
memutuskan sama ada parti komponen itu akan diberi peluang bertanding pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya, Tan Sri M. Kayveas berkata mengikut aturan baharu, kepimpinan
BN akan memutuskan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh parti-parti
komponennya.

“Mengikut sistem baharu itu, kesemua parti komponen BN perlu serah semua
kerusi kepada BN…tiada kerusi tetap sebelum pucuk pimpinan BN membuat
keputusan,” katanya di luar Perhimpunan Agung MyPPP di sini hari ini.

 Perhimpunan itu dirasmikan oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN,
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam PRU12 itu, BN kalah di semua lima kerusi MyPPP termasuk satu kerusi
Parlimen.

Parti itu mengalami nasib yang sama pada pada PRU13 lepas apabila gagal
memenangi lima kerusi yang diperuntukkan iaitu Parlimen Kepong serta empat
kerusi negeri, masing-masing sa­tu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah
(Sela­ngor), Pasir Bedamar (Perak) dan Manik Urai (Kelantan).

Bagaimanapun, Kayveas enggan menyatakan sama ada parti itu memohon sebarang
peruntukan kerusi pada PRU14 akan datang.

“Kami menerima apa sahaja keputusan BN. Jika BN memberi peluang untuk
bertanding, kami akan menerima dan jika tidak, kita terima keputusan itu. Kami
mengambil kira kepada perkara yang lebih luas,” katanya. – WD MY