?KUALA LUMPUR, 27 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan MyTC iaitu Malaysia Tourism Counsil yang bakal mempergiatkan lagi industri pelancongan negara.

Menurut Perdana Menteri, industri pelancongan merupakan antara penyumbang besar dalam ekonomi negara dan berkembang sehingga 12% sejak tahun 2004.

“Ia turut menjadikan sumber tukaran asing kedua terbesar dalam negara,” kata Najib dalam ucapan Majlis Makan Malam Industri Pelancongan NTCM yang kini dikenali MYTC.

Walaupun dengan krisis yang dihadapi Malaysia dengan kehilangan pesawat MH370 namun ia bukan satu penyebab kedatangan pelancong ke Malaysia berkurangan.

“Malaysia mempunyai sistem pengangkutan bertaraf dunia dan Kuala Lumpur telah menjadi syurga membeli belah untuk pelancong ke negara ini.

Turut hadir Datuk Seri Sharkar Shamsuddin, Presiden NTCM, Datuk Sri Azalina Othman, bekas timbalan Menteri Pelancongan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Dato Dr Ong Hong Peng. – Sofea Nawar,Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY