KUALA LUMPUR, 15 April – Perodua Myvi telah merangkul Anugerah
Frost & Sullivan sebagai kereta dengan nilai yang terbaik untuk wang bagi
kategori enjin 1.3 ke atas.

Anugerah itu diberi berdasarkan ukuran kuantitatif, termasuk
jumlah jualan dan harga model yang dijual pada 2014, alat ganti, penggunaan
bahan api serta kos pemilikan dalam tempoh lima tahun atau penggunaan sepanjang
100,000 kilometer.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu
kenyataan, berkata anugerah itu menunjukkan komitmen keseluruhan syarikat untuk
membawa nilai terbaik termasuk kualiti.

Perodua telah menjual lebih 830,000 unit Myvi sejak dilancarkan pada
2005 dan kenderaan itu terus menjadi pilihan pengguna di negara ini.
-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY