MANILA,  21 Sept – TEGAS….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan tegas dan berani mengenai isu Rohingya pada mesyuarat khas menteri ASEAN di Hotel Conrad Manila, hari ini.

Ahmad Zahid mewakili Malaysia  itu menyebabkan bilik mesyuarat dihadiri ketua delegasi senyap seketika.

Beliau mempersoalkan tindakan Myanmar yang tidak membenarkan bantuan kemanusiaan daripasa organisasi antarabangsa dan tindakan kejam pasukan keselamatan negara itu.

“Pasukan keselamatan Myanmar membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.

“Etnik Rohingya adalah manusia dan bukannya haiwan,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengingatkan Myanmar walaupun terdapat perbezaan pendapat, krisis di Rakhine perlu ditangani mengikut piawaian antarabangsa jika negara itu benar-benar mengamalkan demokrasi.

Menteri ASEAN berkumpul di Manila ketika ini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) . – WD MY