CHUKAI, 23 Okt – Pengurusan Terbaik……. Pihak Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) diiktiraf antara agensi pengurusan bencana terbaik di dunia kata Timbalan Perdana Menteri.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengurusan bencana Kemaman yang diguna pakai oleh NADMA bukan sahaja menerima penarafan emas dalam negara, malah anugerah oleh agensi penarafan antarabangsa di Geneva, tahun ini.
tpm231
“NADMA sebagai badan yang menyelaras pengurusan bencana tidak mampu bergerak tanpa bantuan agensi dan badan sukarelawan lain.
“Sehubungan itu, kerjasama dan komitmen semua pihak melaksanakan tugas adalah penting dalam pengurusan bencana,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 di Kemaman Waterfront di sini, hari ini. – WD MY