PUTRAJAYA, 30 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menerima kunjungan hormat daripada Naib Perdana Menteri China Liu
Yandong di pejabat beliau di sini ketika Malaysia dan China berusaha untuk
mengeratkan hubungan.

Membincangkan pelbagai isu, termasuk perdagangan dua hala dan ekonomi
serta kerjasama serantau dalam bidang pertahanan dan pelancongan semasa
pertemuan tersebut.

Turut hadir sama, duta khas perdana menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting, dan
duta besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.

Liu berada di Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa (IOC) ke-128 di Kuala Lumpur ketika Beijing giat membida untuk
menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Ketika ditemui selepas perjumpaan itu, Ong berkata pada pertemuan mereka,
Najib menyuarakan harapan agar lebih banyak pelancong China berkunjung ke negara
ini sejajar dengan langkah yang diambil kerajaan Malaysia untuk menggalakkan
rakyat China melawat Malaysia selepas tragedi Penerbangan MH370 Malaysia
Airlines (MAS).

Menurut Ong, Najib menegaskan tentang kesungguhan kerajaan Malaysia untuk
melaksanakan projek taman perindustrian berkembar – Taman Perindustrian
Malaysia-China Kuantan di Pahang dan Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou
di Guangxi, selatan China.

Katanya, Najib akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dua hala dengan
Perdana Menteri China Li Keqiang semasa pemimpin China itu melakukan lawatan
rasmi ke Malaysia November ini bersempena Sidang Kemuncak ASEAN, untuk
mengukuhkan hubungan Malaysia-China.

Ong berkata China juga menyuarakan minatnya untuk mengambil bahagian dalam
projek besar di Malaysia, termasuk projek Rel Berkelajuan Tinggi
Malaysia-Singapura dan pelaburan dalam bidang lain.- Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY