KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kerja Naik Taraf…….. Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT)
Laluan Ampang akan digantung sementara bagi memberi laluan kepada kerja menaik
taraf dan proses penghijrahan sistem semboyan tren pada 7, 8 dan 16 Julai ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata
tarikh tersebut dipilih untuk mengurangkan kesan dan kesulitan kepada pengguna
memandangkan ia jatuh pada hari kedua dan ketiga sambutan Aidilfitri dan cuti
rehat mingguan.

Sepanjang tempoh itu, perkhidmatan bas pengantara percuma akan disediakan
antara pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam untuk membawa penumpang sepanjang
stesen LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling ke Hab Bas Rapid KL Pasar Seni,
katanya dalam satu kenyataan. – WD MY

LEAVE A REPLY