TELUK BENGAL, 13 Feb – Berlabuh…… Nautical Aliya tidak akan berlabuh di Chittagong, sebaliknya akan menurunkan bantuan kemanusiaan di Cox’s Bazar, kira-kira dua jam setengah perjalanan dari Teknaf, Bangladesh.

Ini kerana pelabuhan Chittagong terlalu sibuk dan terletak jauh dari kem pelarian sasaran misi flotila kemanusiaan dari Malaysia itu.

Perkara itu dimaklumkan ketua misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim selepas pertemuan dengan Komander Kapal F-28 Tentera Laut Bangladesh, Kapten Mohd Nizamul Haq di atas Nautical Aliya sebentar tadi.

Ketika ini, Nautical Aliya berada pada kedudukan 3.5 batu nautica dari Cox’s Bazar dan dikawal dua kapal tentera laut dan dua kapal peronda pantai.

Mohd Nizamul Haq beri jaminan mengawal keselamatan Nautical Aliya 24 jam selepas menerima arahan dari Dhaka.

Abdul Azeez berkata, flotila merancang menghantar bantuan ke dua kem iaitu Kutupalong dan Leda, terletak tidak jauh dari Cox’s Bazar. – WD MY