KUALA LUMPUR, MEI 12:NAJIB…Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan untuk berehat seketika dan meluangkan masa dengan keluarganya selepas beberapa tahun tidak berpeluang berbuat demikian.

Tanpa mendedahkan butiran perjalanan sempena ‘cutinya’, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ia perlu selepas berkecimpung lebih empat dekad dalam dunia politik dan mengharungi kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang digambarkan bersifat peribadi serta amat getir.

“Saya berdoa pasca tempoh polarisasi ini, negara akan kembali bertaut. Saya memohon maaf terhadap sebarang kepincangan dan kesalahan, selain berterima kasih kepada rakyat yang memberi peluang untuk menerajui Malaysia.