KUALA LUMPUR, FEB 15 –┬áPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati untuk pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau turut mengingatkan kepada mereka yang pulang ke kampung sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini agar mematuhi peratuaran jalan raya. Ini adalah untuk memastikan perjalanan mereka selamat.

“Saya harap pandulah berhati-hati dan patuhi undang-undang lalu lintas. Semoga dapat luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan yang tersayang. Selamat bercuti!,”katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak hari ini. Menjadi budaya di Malaysia aliran trafik di jalan dan lebuh raya meningkat pada setiap musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina.

Pada tahun ini, cuti umum umum sempena Tahun Baharu Cina tahun ini merupakan tahun anjing yang bermula pada Jumaat ini dan berakhir pada Sabtu. – MY WD